OBJEKTIF
Objektif utama penubuhan syarikat UME (M) Sdn Bhd ini adalah bagi:-
a) | Menghasilkan pembangunan yang mampu berdaya saing dapat mencapai matlamat pelaburan yang bijak; | |
b) | Memaksimakan pulangan manfaat atas hartanah wakaf; | |
c) | Menghasilkan pelan pembangunan strategik hartanah wakaf secara sistematik dan efektif; | |
d) | Mendapatkan dana dan sumber kewangan yang terbaik serta mengikut syarak; dan | |
e) | Menjadi syarikat korporat dalam pengurusan wakaf yang pertama dan terbaik di Malaysia khususnya dengan menawarkan perkhidmatan Pengurusan Hartanah, Fasiliti dan Dana Wakaf. |
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Peranan dan tanggungjawab anak syarikat PWS ini adalah lebih fokus sebagai sebuah syarikat pemaju yang akan membangunkan semua hartanah wakaf milik MAIS, antaranya adalah seperti:-
a) | Melaksanakan pembangunan, menerima pakai dan melaksanakan dasar, cara langkah mengenai pembangunan hartanah sepertimana yang telah ditetapkan oleh PWS; | |
b) | Bertindak sebagai agensi penyelaras antara pihak perunding, kontraktor dan agensi kewangan yang terlibat di dalam pelaksanaan kemajuan pembangunan hartanah; | |
c) | Menjalankan kerja-kerja perancangan, pembangunan dan pengurusan hartanah wakaf dengan lebih pesat; | |
d) | Berusaha mendapatkan dan menguruskan sumber kewangan bagi pembangunan yang akan dijalankan; | |
e) | Menghasilkan "Business Model" yang mampu mengembangkan perkhidmatan ke seluruh negara; | |
f) | Memastikan pembangunan yang dilaksanakan mengikut syariat Islam; dan | |
g) | Merangka kajian terhadap pelaburan hartanah wakaf atau proses Istibdal yang akan dilaksanakan. |